Pages

Monday, October 10, 2011

BILA MANA ISLAM MENJADI PENGHALANG KEPADA PEMERINTAH

Bob Lokman ditahan Polis ketika memberi tazkirah di surau

Ini merupakan realiti kehidupan di akhir zaman kini,yang baik dihalang yang mungkar berleluasa,apa nak jadi dengan negara ku ni???ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku,dah banyak hambah Allah yang dihalang untuk menyampaikan tazkirah untuk keperluan masyarakat,perkara yang selalu diakaitkan ialah ceramah politik.Untuk pengetahuan saudara-saudara sekalian perkara yang baik untuk kita beri kan contoh dalam sesuatu ceramah adalah realiti kehidupan kita.Ini adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk kita memberikan jalan kepada pendengar berkaitan dengan agenda kehidupan yang semakin hari semakin merosakkan diri.Jika beginilah sistem pmerintahan kita yang menghalang pertumbuhan ISLAM lebih baik kata kita ini bukan negara ISLAM.sungguh mengejutkan situasi seperti ini.Diharap saudara-saudara dapat menilai mana yang baik dan buruknya.


MAKLUMAT yang diperolehi daripada laman mikroblogging Twitter editor Keadilandaily Fazallah Pit mendakwa saudara Bob Lokman telah ditahan ketika memberikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat [Twitter].


Berita ini juga turut tersebar secara meluas di internet terutama di Facebook dan Twitter. Menyaksikan ramai pihak yang merasa hairan dengan berita ini.

Negara ini semakin hari semakin gila. Macam-macam perkara gila berlaku, orang bagi tazkirah pun boleh kena tangkap Polis.

Apa yang menariknya orang yang menyebarkan video lucah disanjung bagaikan hero pejuang kebenaran. Orang yang menyebabkan anak-anak anda menonton video lucah disanjung.

Kalau menyanyi melalak depan orang ramai, tak ada siapa nak tangkap. Bila mengajak orang ramai kepada Allah, mengajak orang ramai membesarkan Allah boleh ditangkap.

Selama ini ReJaM© sendiri selalu memberikan tazkirah di surau terutama di surau universiti dan bersama rakan-rakan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat Tabligh yang selalu memberikan tazkirah dari rumah ke rumah.

Namun baru kali ini perkara gila ini boleh berlaku. Anda akan ditangkap sekiranya memberikan tazkirah tanpa tauliah.

Sabda Rasulullah, "Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat...". Namun hari ini usaha dakwah yang disarankan oleh Rasulullah ini disekat dengan pelbagai cara dan alasan.

ReJaM© "Mengajak kepada Allah ditahan, mengajak kepada kemungkaran disanjung..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/bob-lokman-ditahan-polis-ketika-memberi.html#ixzz1aPLm14Rg

1 comment:

  1. .... terima kasih atas perkongsian dan memberi sedikit kesedaran akan perkara ini...

    "mengajak kepada ALLAH ditahan, mengajak kepada kemungkaran disanjung"

    Astagfirullahalazim...

    ReplyDelete