Pages

Tuesday, October 11, 2011

Semakin hari semakin teruk filem Malaysia ni :Filem 3GP, penuh dengan unsur-unsur lucah

Assalammualaikum warahmatullah.

SEMOGA kita semua berada dalam rahmat Allah.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

"Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)"

rujukan daripada :http://milosuam.blogspot.com

13 Oktober 2011 ini akan ditayangkan sebuah filem yang berjudul Klip 3gp. Diteliti promo filem ini di youtube (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=5esBMaOSX-k), majoriti yang menjayakan filem ini beragama Islam. Saya telah berulang-ulang kali melihat preview 1 minit 51 saat di Youtube, sedaya mungkin mencari nilai positif darinya,namun usaha saya menemui kegagalan. (Anda boleh cuba barangkali).




Jujurnya, saya berasa kurang senang, kecewa dan terkilan akan filem ini. Apa yang mahu diketengahkan di dalamnya? Gejala sosial melibatkan remaja? Sebaran video lucah melalui kamera bimbit? Zina yang semakin membarah di dalam masyarakat? Berhati-hati kalau melakukan penzinaan, khuatir
ada orang merakam aksi lucah anda? Atau cuba mengajar penonton kaedah menyebarkan keaiban orang lain di ruang internet?

Sebagai salah seorang Jurulatih yang mengendalikan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina - Raudhatus Sakinah, sudah pasti kehadiran filem ini, sedikit sebanyak menyulitkan usaha kami membanteras gejala zina di kalangan warga Malaysia, khususnya anak muda. Sukar sangatkah menghasilkan filem yang didalamnya memiliki nilai positif lantas mendidik masyarakat di luar sana?

Saya sedar dunia layar perak ini tujuannya untuk bisnes. Sudah pasti bisnes itu di hujungnya mahu mengaut keuntungan. Sebab itu kebanyakan pembikin filem beralasan kononnya mereka menghasilkan sesebuah filem mengikut trend semasa dan memenuhi selera penonton. Namun dalam masa yang sama, tanggungjawab mendidik masyarakat itu terletak di bahu anda juga. Apa guna filem mendapat kutipan berjuta-juta ringgit sedangkan filem itu rendah sekali nilai positif yang ingin dipaparkan.

Beberapa minggu lepas, pabila isu Zizan di dalam Hantu Bonceng hangat diperkatakan kerana ada adegan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ramai masyarakat Muslim yang bangkit dan menunjukkan keprihatinannya. Ya, langkah ini saya puji. Zizan pula telah meminta maaf dan isunya telah dijawab sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Persoalannya, apabila filem itu mencetuskan polemik dan kontroversi, baru pihak-pihak yang berwajib mahu mengambil tindakan?

Buat penerbit, pengarah, penulis skrip dan mereka yang terlibat di dalam produksi ini, ingatlah, dunia ini hanya sementara. Lakukan sesuatu kerana inginkan redha dari Allah, bukan mengaut keuntungan semata-mata. Cukup-cukuplah dengan filem rempit, jenayah, hantu dan lain-lain. Para pelakon pula janganlah hanya menganggap anda 'pelakon' dan bersedia melakonkan sebarang watak yang diberikan. Hari ini boleh berlakon menjadi seorang Ustazah, esok berlakon adegan di ranjang. Alasan : Saya berlakon dan mencari rezeki yang HALAL. Soal dosa pahala itu antara saya dengan Allah. What?!!

Masyarakat kini dambakan ilmu agama, sebab ia fitrah di dalam diri setiap manusia. Sebab itu kami Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) mengangkat martabat muzik Islami oleh Maher Zain ke peringkat yang sepatutnya agar insan seni di Malaysia tahu tugas berdakwah itu bukan milik Ustaz dan Ustazah sahaja, tetapi tugas kita semua, samada kita ini artis, penerbit filem, pengarah filem, bahkan pengguna facebook sekalipun. Moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah SWT. Ameen

"Jika makanan ada cop HALAL, bagaimana pula ya andai filem-filem di Malaysia diletakkan simbol yang sama. Barangkali sukar untuk mencari filem keluaran Malaysia yang ada cop HALAL dan boleh ditonton bersama keluarga tanpa was-was."

Hamba Allah yang hina lagi kerdil,

Bila agaknya kita akan mendapat filem seperti Ketika Cinta Bertasbih dan filem Islamik yang sangat baik untuk menjadi tayangan kepada kita?Sepanjang kita berada di Malaysia ni yang bertimbun-timbun untuk di terbitkan mesti filem hantu,filem gejala sosial,filem cinta,dan sebagainya.Saya tertanya-tanya dimana filem Islamik?sepertinya melalui filem-filem ini seolah-olah negara kita tidak selamat daripada jenayah-jenayah ini. Tolongla fikirkan implikasinya kepada anak-anak wahai penerbit.Perbaikila mutu perfileman anda.

No comments:

Post a Comment