Pages

Monday, October 10, 2011

AQIDAH ANDA SELAMAT DI SINI-JOM TENGOK

Semakin hari semakin banyak pusat-pusat hiburan yang tumbuh seperti cendawan selepas disirami hujan.Inila yang dikatakan negara ISLAM.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, yang artinya, "Rasulullah saw. bersabda, 'Tidaklah seorang pezina itu berzina sedang ia dalam keadaan Mukmin. Tidaklah seorang peminum khamr itu meminum khamr sedang ia dalam keadaan Mukmin. Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sedang ia dalam keadaan Mukmin. Dan tidaklah seorang perampok itu merampok dengan disaksikan oleh manusia sedang ia dalam keadaan Mukmin'." (HR Bukhari [2475] dan Muslim [57]).


Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Al-Nu’man Bin Basyir r.a. bahawa beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“Perkara Yang halal adalah jelas dan perkara yang haram juga jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar), yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menghindari perkara-perkara yang syubhat(yang samar), maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya, dan sesiapa
yang jatuh pada perkara-perkara yang syubhat, maka ia pasti jatuh pada yang haram. Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, hampir-hampir ia memasukinya. Sesungguhnya setiap kerajaan mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada segumpal daging, yang jika ia elok maka eloklah seluruh jasad, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati”.


Pusat hiburan di Tawau


Pusat hiburan yang menjadi tumpuan orang Tawau


Pusat hiburan yang Terletak di belakang southern bakery


Antara kelab hiburan yang terbesar 


pelbagai iklan dipamerkan untuk menarik pelanggan


Ini adalah tempat yang cukup terbaik untuk umat Islam mendidik diri agar aqidah tidak tergelincir....


Semua mereka yang berada di sini, aqidah mereka sudah kukuh, tidak perlu dibimbangi lagi.



Untuk melihat tazkirah dan motivasi bergambar agar aqidah umat Islam terjaga, sila klik di sini

No comments:

Post a Comment