Pages

Monday, October 10, 2011

MENZIARAHI SAUDARA SEISLAM YANG SAKIT---PERKARA INI SEMAKIN DILUPA OLEH UMAT ISLAM

Assalamulaikum semua,

Alhamdulillah kali ini ana akan cuba kongsikan sedikit perkara yang jarang orang nak lakukan,iaitu ziarah saudara muslim yang sakit.Mungkin terlintas difikiran selepas baru sahaja menziarah di rumah saudara muslim di kampung ni bersama dengan sahabat-sahabat usrah di FELDA Umas,sebab bagi ana ianya semakin jarang dimurnikan oleh orang lain.Agak-agaknya hubungan silaturahim antara warga FELDA Umas ini semakin hari semakin berkurang.Apa tidaknya dengan jiran sendiri pun kita tidak tahu berita mereka adakah mereka sakit,susah dan sebagainya?siapa nak hiraukan?itula kesannya bilamana Islam tidak menjadi satu cara hidup untuk kita.Bilamana ISLAM bukan lagi sebagai satu cara hidup maka terjadila pelbagai gejala yang tidak baik,sebagai contoh kes anak berzina,mencuri,melepak dan sebagainya.
Team  USRAH Umas.
Di FELDA Umas,Alhamdulillah setakat ini USRAH bukan sahaja tempat menimbah ilmu atau mengaji sahaja tetapi USRAH juga menghidupkan suasana ISLAM
dalam diri,keluarga dan masyarakat.Aktiviti yang diselitkan dalam USRAH di Umas ini sangat memberikan impak yang baik kepada masyarakat terutama aktiviti ziarah menziarahi.Inilah yang diperlukan masyarakat untuk menjalinkan hubungan antara sesama muslim dan saling doa mendoakan.mudah-mudahan aktiviti yang dijalankan ini mendapat keredhaan daripada Allah.Ana ajak kepada semua saudara muslim di FELDA Umas atau dimana sahaja,mari kita dekatkan diri kita kepada Allah,sudah-sudahlah membuang masa,bagila masa kita ini hanya untuk Allah.Pasti dan pasti akan mendapat keredhaannya.

MENZIARAH INI TERDAPAT BANYAK KELEBIHANNYA ANTARANYA :

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]


Rombongan FELDA Umas menziarahi En Hanafi suami kepada Pn Jamirah (bekas pengetua smk umas-umas)

Walaupun kiranya kita ini terlalu sibuk dengan study,pekerjaan dan sebagainya,tapi ingatlah kewajipan kita kepada saudara muslim kita yang lain.Kadang-kadang kita ini langsung tidak ambil tahu keadaan sahabat kita,jiran kita,atau saudara kita adakah mereka ini sihat ataupun dalam keadaan sakit?

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]


Semasa menziarahi saudara Nizamudin B Dahlan

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi]

No comments:

Post a Comment