"bergeraklah dalam jemaah,jangan bersendirian"
Namun itu memang ketetapan bukan? Setiap liku tarbiyyah, Setiap cabang dakwah, pasti tumbuh duri-duri yang menyakitkan, Tentu ada paku-paku yang berselerakan.
Namun, janji Allah itu pasti, Sabda nabi itu realiti, Usah gusarkan hati, jangan bersedih hati, Kita pemimpin, kita pendidik, Kita jua dipimpin, kita jua dididik, Manisnya pasti ada, senyuman pasti akan terukir jua, kerana kita tiada yang berseorangan, tiada yang bersendirian.
Diriwayatkan dari Abu malik Al-Asy’ari sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :
“sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka di cemburui oleh para Anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah”. para sahabat bertanya,”wahai rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?” Rasullah menjawab,” mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan di antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka berada diatas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih".
“Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati”.(Yunus,10:62)
Jangan takut, jangan gentar! Nahnu Ansorullah! Kita adalah penolong agama Allah!
No comments:
Post a Comment