Pages

Saturday, December 25, 2010

PEMIMPIN




Bismillahirahmanirahim....Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk mencoret sedikit dalam kertas maya ini......
Memandangkan di kampus ana sekarang ini hangat dengan Pilihan Raya Kampus jadi ana ambil kesempatan untuk luahkan sesuatu kepada MAHASISWA dan MAHASISWI melalui kertas alam maya ini sebelum kita memilih pemimpin dalam kalangan kita.... BACALAH....

.firman Allah :




"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"

maksud ayat (A1-Imran 104)







Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin
Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da'i atau seorang yang pada hari itu sebagai mehteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma' ulama' al-wmcrah nengenainya. Diantaranya ialah:
  1. Muslim,'akil baligh dan laki-laki
  2. Adil
    Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
  3. Berilmu
    Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.
  4. Mempunyai kudrat, kemampuan.
    Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.
  5. Beradab mengikut akhlak Islam,
    Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.
  6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan

Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya
Di antaranya:
  1. Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri iaitu menjaga solat 5 waktunya di MASJID .
  2. Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
  3. Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
  4. Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik
Penutup


".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.
Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "
(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)
Wallahu a'la

No comments:

Post a Comment