Pages

Wednesday, December 29, 2010

Hidup Dihiasi Adab


 DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi Muhammad diangkat 
menjadi rasul selain daripada menyempurnakan adab manusia. 
 Kita semua adalah pengamal tasauf Qadiriyah Naqsyabandiah. Kita menjadi 
pengamal kerana kita yakin dengan rasa kesungguhan bahawa tarikah kita 
pelajari dan amalkan ini akan menjadikan kita manusia beradab, mendekatkan 
diri kita kepada Allah SWT. Dan kita akan menjadi manusia yang dipandang 
tinggi. 

Hari ini dunia berkecamuk dengan masalah ekonomi dan serangan 
pengganas. Maka soal adab ini semakin penting. Ia akan menentukan sejauh 
mana kita tenang dan teratur dalam
menangani masalah harian. Jadi marilah kita 
mengingatkan diri kita akan tanggungjawab memelihara adab agar kita menjadi 
manusia yang beruntung hidup di dunia dan di akhirat. 

Adab kepada Allah SWT 

Dalam pengajaran tasauf, soal adab dititik beratkan kerana ia menjadi cermin 
jiwa dalam hubungan kita kepada Khalik, Nabi dan Ulama, ibu bapa, guru dan 
jemaah serta masyarakat umum. 
Kita adalah hamba Allah SWT. Sukakah kita menjadi hambanya? 
 Sebagai orang Islam, kita disuruh pasrah kepada Allah SWT. Erti pasrah 
atau Islam itu ialah memberikan segala yang ada pada kita kepada dan demi 
Allah SWT saja. Itulah sebabnya kita mengamalkan dan menghayati zikir La ila 
ha illah. Tiada yang berhak disembah selain Allah SWT.  
Tiada siapa yang kita takuti selain Allah SWT kerana Dialah yang menentukan 
segala-galanya. 

 Bagaimanakah adab kita kepada Allah SWT? Cara terbaik atau sempurna 
ialah pada yang ditunjukkan oleh insan kamil iaitu Nabi Muhammad saw dalam 
ibadahnya, termasuk ketika baginda menemui Allah SWT sempena peristiwa 
Israk Mikraj. Perhatikanlah betapa tawadduknya Nabi Muhammad saw ketika 
menerima suruhan agar bersolat 50 waktu. Baginda tidak mempersoalkan 
suruhan Allah SWT. Hanya setelah bertemu dengan para nabi yang lain, barulah 
baginda bertemu lagi dengan Allah SWT. Apabila Allah SWT menetapkan solat 
fardu lima waktu saja, Nabi enggan meminta kurang kerana baginda ëímerasa 
maluíí. 

 Demikian indahnya adab Nabi saw, yang meliputi erti ëmaluí untuk menuntut 
perkara-perkara yang bukan haknya kepada Rab-nya. 
 Sesungguhnya apabila kita malu, maka kita akan menjaga tutur kata, tingkah 
laku, cara kita berpakaian dan bergaul. Ini kerana sebagai pengamal tasauf kita 
menyedari dengan penuh mendalam erti ihsan iaitu kita beribadah seolah-olah 
kita melihat Allah; dan jika kita tidak melihat-Nya, yakinlah Allah melihat 
kita. Oleh sebab kita senantiasa dalam pemerhatian Allah SWT, maka kita malu 
lagi takut untuk melakukan perkara yang ditegahnya. Sebaliknya kita lebih 
banyak melakukan kebaikan demi mendapatkan keridhaan-Nya. 
 Solat merupakan tiang seri Islam. Orang Islam yang tidak bersolat akan 
kehilangan tiang seri ini dan sekaligus identiti/jati dirinya sebagai orang Islam. 
Solat merupakan asas dalam adab kita kepada Allah SWT. Sekalipun seseorang 
itu baru memeluk Islam, ia disuruh bersolat secara mudah, misalnya dengan 
mengangkat takbir; membaca al-Fatiha; berdiri rukuk, sujud dan duduk; 
bertasyahud dan memberi salam. 

 Ketika solat, seseorang itu pasrah sebenar pasrah kepada Allah SWT, 
terutama ketika bersujud. Dari erti ësujudí inilah datang makna ëmasjidí dan 
seluruh bumi terhampar ini adalah ëmasjidí. Ketika sujud, seseorang itu tidak 
dapat melihat kanan dan kiri kerana ketika inilah nyawanya hanya ditentukan 
oleh Allah SWT.   
 Dalam setiap agama, kita boleh dapati adalah cebisan-cebisan perlakuan 
dalam solat orang Islam ñ iaitu ada agama mengajarkan umatnya supaya berdiri 
tegak, ada pula yang disuruh rukuk dan ada pula yang sujud. Namun tiada yang 
lebih teratur dan indah secara gerak laku batin dan zahir selain solat seorang 
Muslim.  Selagi kita solat dan lidah serta hati terus berzikir kepada Allah SWT, kita 
akan tetap Muslim. Hidup kita akan terpelihara. 

Adab kepada Nabi 

Para Nabi ialah manusia maksum iaitu tidak berdosa. Insan istimewa ini 
dijadikan contoh atau seri teladan kepada kita. Tentulah contoh terbaik ialah 
pada Junjungan kita Nabi Muhammad saw.  
Sudah setentulah kita beradab dengan Nabi Muhammad dengan 
mengamalkan sunnahnya iaitu suruhannya dan menjauhi tegahannya. Bibir kita 
basah senantiasa dengan bersolawat kepadanya kerana Allah SWT dan para 
malaikat tetap bersolawat kepadanya.  
Kita tunjukkan kasih kepada kepada Nabi dengan membaca Berzanji dan 
Dibaiíe. Ketika kita sampai kepada bahagian mendendang ëmarhabaní, secara 
tidak disedari kita bangkit seolah-olah Nabi saw datang menyambut kita. 
Beruntunglah mereka yang merasa kehadiran Nabi dan bahkan dapat melihat 
baginda kerana dianugerahi kasyaf (dapat melihat yang ghaib). Ini menjadikan 
kita merasa Nabi saw terus hidup bersama kita.

Adab kepada ulama/syeikh 

Para ulama ialah pewaris nabi. Para ulama besar yang antaranya menjadi 
mursyid atau syeikh kepada ajaran tarikat seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jilani 
yang kita ikuti ajaran dan juga Syeikh Bahaudin Naqsyabandi merupakan insan 
mahfuz iaitu dipelihara Allah akan kesilapannya. Bagaimanakah kita 
mendapatkan barakah daripada ajaran mereka? Sudah setentulah kita mengamalkan tarikah mereka dengan sepenuh hati, kita memberikan salam kepada mereka dan bertawassul.  
Mengapakah kita memuliakan para syeikh ini? Tentulah kerana kita ini serba 
kekurangan dan mengharapkan ajaran mereka menjadi penghias iman kita. 
Semoga doa kita akan lebih mustajab dengan bimbingan para syeikh tadi.

Adab kepada ibu bapa 

    Kita terhutang budi kepada ibu bapa kita kerana melahirkan kita di dunia. 
Setiap orang yang lahir di dunia adalah ëpemenangí dalam satu perlumbaan. Ini 
kerana manusia berasal dari mani. Hanya satu daripada jutaan sperma bapa kita 
yang akhirnya menjadi bayi. Tetapi ada bayi dapat dilahirkan dan ada pula mati. 
 Ibu kita melahirkan kita dengan penuh kesakitan. Air susunya tiada gantinya. 
Bapa pula menyara kita dan mendisiplinkan kita. 
 Begitu besar sumbangan ibu bapa, maka Islam menetapkan bahawa selepas 
mentaati Allah, maka taatilah Rasul dan akhirnya ibu bapa. Tanpa restu ibu bapa 
maka hidup kita tidak barakah. 
 Rasulullah saw menyatakan bahawa darjat ibu adalah tiga kali daripada 
ayah. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.  
 Pada zaman Nabi saw, ada pemuda atau pemudi yang masuk Islam sedang 
ibu bapanya tidak. Namun Nabi saw tetap menyuruh mereka menghormati ibu 
bapa mereka yang masih kafir dan jangan sesekali memutuskan hubungan. 
Maka amalan ini hendaklah diteruskan hari ini.

Adab kepada jemaah/ikhwan 

Kita mungkin tertanya-tanya ke manakah tarikah kita akan membawa kita? 
Itulah sebab tanbih atau wasiat guru kita, almarhum Syeikh Muhammad Nur 
Mubarok. Kita baca setiap khataman supaya kita ingat teras ajarannya mengenai 
hubungan sesama ikhwan, hubungan manusia yang masih berdarjat tinggi, 
setanding atau rendah, hubungan kita dengan bukan Islam dan negara. Kita 
adalah jemaah yang membina keharmonian negara yang aman damai. 

WALLAHUA'LAM

No comments:

Post a Comment