Pages

Monday, September 13, 2010

zina?


Bismillahirahmanirahim,assalamualaikum wtb


Alhamdulillah ketika ini Allah masih memberikan nikmat kehidupan kepada kita,insyaAllah kali ana akan kongsi sedikit artikal yang memberikan kita peringatan supaya jangan mendekati zina.Ketika ini kebanyakan kita tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan mendekati zina


informasi ini ana petik daripada blog sahabat-sahabat ana dan ana kongsikan kepada sahabat ana yang lain.




Dalam syarat bai'at yang kedua juga ada dijelaskan mengenai larangan menjauhi zina. Dalam hal ini Allah Ta'ala berfirman:-


(Surah Al Isra':32)


yakni, janganlah cuba mendekati zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan yang buruk.


Dalam satu hadis, Muhammad Bin Sirin meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) memberi nasihat yang agak panjang, dan antaranya ialah berkenaan dengan iffat yakni kesucian dan kebenaran lebih baik daripada berzina dan berdusta. (Sunan Darul Qutni, Kitabul Wasaya, Bab Maa Yastahibbu Bil Wasaya Minat Tasyahud Wal Kalami)

Di sini zina dan dusta diterangkan bersama-sama, dari situ juga dapat diketahui betapa besarnya dosa bagi berdusta.

Hazrat Masih Mau'ud(as) berkata:-

"Janganlah mendekati zina, yakni jauhilah majlis-majlis yang menyebabkan fikiran terarah kepadanya. Dan janganlah ikuti jalan-jalan yang boleh menyebabkan dosa ini. Orang yang berzina telah menjadikan kejahatannya sampai ke puncak. Jalan zina amat buruk sekali kerana ia boleh menghalang tujuan yang hendak kita capai, dan ia juga amat berbahaya dalam melaksanakan kewajipan akhirat kita. Mereka yang tidak ada kemampuan berkahwin, mereka hendaklah menjaga kesucian dengan cara yang lain, umpamanya berpuasa atau mengurangkan makan, ataupun banyak melakukan pekerjaan yang dapat mengurangkan tenaga."


(Islam Usul Ki Filosofi, Rohani Khazain Jilid 10, halaman 342)


Beliau mengatakan bahawa jauhilah benda-benda yang memungkinkan timbul keinginan untuk melakukan zina dalam hati. Kadang-kadang anak muda selalu lupa dan tidak sedar, bahawa mereka biasa menonton filem-filem yang adakalanya filem yang tidak patut ditonton. Itu semua akan menjatuhkan akhlak yang murni, perkara itu hendaklah dijauhi sebab ini juga merupakan salah satu jenis zina.


Ada juga yang bertanya kepada ana tentang "bercouple itu mendekati zina kah?"


Bagi ana couple sememangnya haram tapi ana faham apa dimaksudkan disini ialah bercinta bukannya bercouple,kadang2 kita salah tafsir bercouple dengan bercinta.


bercinta bukanlah haram kerana apa cinta fitrah manusia lelaki mahupun perempuan tetapi bagi bercouple pula adalah haram sebab berdua....perkara seperti inilah yang mendorong kita untuk mendekati zina.


nak couple nikah terus!!!!!!!
orang selalu mempersoalkan tentang pergaulan lelaki dan perempuan.
NI JAWAPANNYA :


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam. bersabda:


لا يخلون رجل بامرأة إلا مع ذي محرم- رواه البخاري ومسلم

"Janganlah sekali-kali seorang (diantara kalian) berduaan dengan wanita, kecuali dengan mahramnya. (H.R Bukhari dan Muslim).


ana ingatkan kepada sahabat dan juga diri ana sendiri,mari kita sama-sama wujudkan suasana Islam itu jangan tujukkan yang Islam itu sama dengan agama lain,yang tidak menjaga asas pergaulannya.

Dan Rasulullah telah mengatakan dalam satu haditsnya :


كتب على ابن آدم نصيبه من الزنا فهو مدرك ذلك لا محالة: العينان زناهما النظر والرجل زناهما الخطى ، والقلب يهوى ويتمنى، ويصدق ذلك الفرج أو يكذبه - رواه البخاري ومسلم وأبو داود والنسائي

Dari Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam. bahwa Beliau bersabda: "Telah ditulis atas anak adam nasibnya (bagiannya) dari zina, maka dia pasti menemuinya, zina kedua matanya adalah memandang, zina kakinya adalah melangkah, zina hatinya adalah berharap dan berangan-angan, dan dibenarkan yang demikian oleh farjinya atau didustakan," (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasa'i).



Ingatlah siapa diri kita yang sebenar,kita merupakan hamba Allah yang sangat lemah dan tidak ada kuasa ke atas segala kejadian yang ada di muka bumi Allah ini.maka jagalah akhlak,jagalah perkataan,jagalah amalan,jangan sampai Allah murka kepada kita.


Asif atas kelemahan peringatan ini yang baik kita ambil yang buruknya kita cuba lenyapkan jangan disempadankan,kerana kalau kita sempadankan akan datang kembali.


Apa yang baik datangnya daripada Allah SWT yang tidak baiknya datang dari kelemahan ana untuk menyampaikan .


Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment