Pages

Monday, September 13, 2010

HORMATI IBU BAPA

Dan Tuhanmu memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia.Hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.Sekiranya salah seorang diantara keduanya ataupun kedua-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu,sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya 'ah'.janganlah kamu membentak mereka.Ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia.Rendahkanlah dirimu pada mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,wahai Tuhanku,kasihanilah diri mereka sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil.'Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu.Sekiranya kamu orang yang baik,sesungguhnya Allah Maha pengampun bagi orang-orang yang bertaubat'

SURAH AL-ISRAK AYAT 23-25

Pada hari ini mungkin kita sudah berjaya hidup didunia,orang yang paling berjasa sekali adalah kedua ibu bapa kita.disebabkan mereka kita lahir kedunia ini.Apabila kita ditimpa kesusahan,segeralah mencari puncanya.Mungkin kerana disebabkan sikap kita pada kedua ibu bapa menyebabkan kita ditimpa kesusahan dan kerugian.


Didalam hadis diceritakan Nabi Muhammad pernah ditanya mengenai amalan yang afdal,beliau menjawab,"pertama,mengerjakan solat.kedua,berbakti kepada orang tua.ketiga,jihad Fisabillah,iaitu berjuang di Jalan Allah.

saudaraku,
apabila kita dalam kanca jihad,jangan kita lupa tentang ibu bapa kita.Pada masa kini ramai kita lihat saudara-saudara kita berjihad dijalan Allah tetapi hubungan dengan ibu bapa sendiri terabai.cara bercakap kasar dengan ibu bapa,memberontak dengan ibu bapa,  dan yang paling sakitnya ingin ikut program pergi tanpa kebenaran ibu bapa,itulah yang selalu berlaku dalam keadaan sekarang ini.tetapi sekiranya ibu bapa dah benarkan tuk pergi maka jangan lepaskan peluang.

sesungguhnya bersikap baik terhadap ibu bapa adalah amalan penting yang dicintai oleh Allah SWT.Bahkan amalan itu menjadi syarat diterima amalan yang lain.Keredhaan Allah SWT terletak pada keredaan mereka.Tidak bermakna amalan seseorang itu walaupun banyak,apabila sikapnya pada ibu bapanya tidak baik maka segala amalan kebaikannya itu akan jatuh berguguran disebabkan sikapnya.begitu penting sekali hubungan kita dalam berkeluarga ini.Begitu juga orang yang mendapat kejayaan yang besar namun dia melupakan ibu bapanya,maka itu akan menjadi penyebab bertambahnya seksaan Allah kepada dirinya.
saudaraku...
akhlak kepada kedua ibu bapa adalah amalan bertahap tinggi yang menjadi alat pengukur kualiti seseorang dalam kehidupan.Tidak mungkin seseorang itu mampu menjadi seorang pemimpin yang baik apabila dia mengabaikan kedua ibu bapanya.Syarat bagi seorang pemimpin yang sejati adalah hati yang bersih,mendekati Allah SWT dan menghormati ibu bapa.


saudara 
tidak semua ibu bapa itu sempurna,tetapi dengan diri kitalah yang boleh memberikan sedikit cerminan kepada mereka dengan hidayah Allah kepada mereka supaya terdorong dalam melakukan atau melahirkan sebuah keluarga yang baik.walaubagaimanapun keadaan mereka,kita perlu sedar kita mempunyai kewajipan berbakti kepada kedua ibu bapa kita.walaupun keadaan mereka tidak seperti nilai-nilai yang kita ajarkan kepada orang lain tetapi kita perlu bersabar.kita tidak mampu mengubah kerana Hidayah itu milik Allah SWT.

jadi apa yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan ana sendiri yang sememangnya lemah.

wallahu'alam 

No comments:

Post a Comment